PMR dah hampir...(7oct)
mereka masih leka
masih berhari raya
masih lepak
depan tandas
hujung bangunan
kantin
laluan sunyi
dan sembunyi diri
pmr dah hampir
mereka masih tak siap home work raya
masih gelak-gelak
masuk tandas berkali-kali
tunggu dan kerumuni koperasi
bertenggek di koridor
gelak-gelak sambil membetulkan
rambut yang sengaja dibela
seluar yang semakin mengecil dan sengaja
dikecilkan di bahagian bawah...
pmr dah hampir
betapa tinggi harapan ibubapa
tinggi lagi harapan guru-guru
apalah yang mampu kita tolongi anak anak itu...
agar tidak menyesal di kemudian hari
agar tidak menghampakan harapan ibubapa, guru-guru dan negara
agar menjadi warga negara yang bermanafaat
hanya Allah yang Maha mengetahui akan nasibnya.
Wednesday, September 30, 2009
Wednesday, September 23, 2009
1 syawal
Selamat eidulfitri minal aiedin walfaizin ...Maaf Zahir Batin.
Semoga Allah mengampunkan semua dosa kita.
Amin ya Rabbalalamin.....
Semoga Allah mengampunkan semua dosa kita.
Amin ya Rabbalalamin.....
Sunday, August 30, 2009
31 ogos...merdeka ! merdeka !
....Bangsa yang berjiwa merdeka adalah bangsa yang sensitif dengan maruah dan martabatnya.Mereka tahu betapa mahalnya harga tanpa maruah dan martabatnya itu , dan mereka tidak dapat hidup tanpa maruah dan martabat. Sebaliknya bangsa yang berjiwa hamba ialah mereka yang rela diperlakukan orang seenaknya,
hatta dihina dan diremehkan sekalipun.......
.....Bangsa yang berjiwa merdeka adalah bangsa yang kaya dengan cita-cita dan daya usaha.Mereka tahu apa harus dikerjakan, tanpa dikerah , tanpa diperintah. Tidak saperti mereka yang berjiwa hamba yang hanya bergerak bila dibelasah dengan cemeti , kerana memang hanya bahasa cemeti itulah yang mereka mengerti....
.....Umat Islam yang telah menjalani indoktrinasi tawhid seharusnya telah bebas dari jiwa hamba, kerana dengan pengasasan Tuhan bererti secara sedar ia telah menolak pengabdian kepasa sesiapa selain ALLAH.
( boleh baca sepenuhnya dalam artikel Dr.Siddiq Fadil ,Tawhid membangun jiwa merdeka).

Friday, August 28, 2009
28 ogos....
Sunday, August 23, 2009
Ramadhan
Marilah kita raikan Ramadhan Al Mubarak kerana;
1 Satu-satunya ibadah yang tidak dapat dilihat oleh manusia kecuali kita dengan Allah sahaja.
2 Satu-satunya ibadah yang tidak disebutkan oleh Allah akan pahalanya , hanya Allah sahaja
yang tahu.
3 Satu-satunya bulan iaitu diamnya seseorang itu adalah zikir.
4 Tidurnya adalah ibadah
5 Amalan sunnahnya adalah wajib
6 Diberi oleh Allah pahala terbanyak berbanding 11 bulan yang lain...........
Wallahualam ......Selamat berpuasa.

Monday, August 17, 2009
cerita benar
"Tengahari semalam kamu pergi mana? , waktu pagi teacher nampak kamu ada , tapi lepas rehat
teacher lalu depan kelas kamu , kamu tak ada , kamu pergi mana?"
" Saya pergi PAS teacher ", kata Budin dengan selamba . " Pergi PAS???, Kamu masih bersekolah ,
masih belajar , apa pulak pergi PAS , nak berpolitik pulak , mana boleh ! Teacher , saya pergi ke Plaza Alam Central , bukan PAS politik tu teacher . " Apa ? , pergi Plaza Alam Central waktu belajar , kamu ponteng
kelas ".............
Cerita 2
Dua orang guru keluar dari kawasan sekolah kerana urusan sekolah. Sebaik-baik keluar dari pintu pagar sekolah melalui bulatan kecil di hadapan masjid negeri ,tiba-tiba mereka ternampak seorang pelajar lelaki
lengkap berpakaian sekolah berjalan merentas padang di tepi jalan berhampiran sekolah.
'Kata cikgu Rm , Eh,baru pukul 11pagi , budak tu nak pergi mana ha kak A , Ye la , dia ponteng tu agaknya." Berhenti kak , saya nak kejar budak tu , kata cikgu Rm.
"Aziz ! Aziz ! kamu nak pergi mana , jangan lari , cikgu tak larat nak kejar kamu .....Aziz , Aziz ,..... laung cikgu Rm , manakala cikgu Aa , membunyikan hon kereta dengan kuat .Akhirnya Aziz berhenti ,......
"Kamu nak ke mana ? tanya cikgu Rm dengan termengah-mengah............ponteng ye?.
cerita 3
"Saya marah betul , memang saya marah , saya geram , dia bohongkan saya , terang-terang saya nampak
emaknya hantar sampai depan pintu pagar , lepas tu boleh dia keluar ,berjalan menghala ke depan restoran
A ,dia dengan budak M . Pagi tu saya masuk kelas dia tak ada , esoknya saya tanya , , kamu pergi mana
semalam ? dia kata dia ada di sekolah . Memang dia bohong , saya tanya budak M tu , dia kata pergi Sunway Piramid !!!.... geram.....geram........
Siapa yang nak kita salahkan ??? , cikgu-cikgu di sekolah jugak ke??
Thursday, August 6, 2009
19 tahun
SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE-19 UNTUK ANAKANDA AHMAD BAIHAQI
6 Ogos 2009
15 Sya'aban 1430H
Moga panjang umur,murah rezeki dan sejahtera dunia dan akhirat.
15 Sya'aban 1430H
Moga panjang umur,murah rezeki dan sejahtera dunia dan akhirat.
Subscribe to:
Posts (Atom)